Friday, October 10, 2008

Are You Kidding Me?

From Utusan Online,

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.

Oh my goodness. Is this a joke? Awarding a Datuk to someone who might not even know what it means, the title awarding committee must be watching a big Bollywood fan I suppose!

What's next? Datuk Britney Spears?

update:

Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka 

MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Mohd Ali berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

“Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya.

“Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya.

Mohd Ali berkata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Hey, you know what? I have an idea! Why don't you give Datukship to Celine Dion and Avril Lavigne? Their choice for Malaysia as the only stop at the region for their world tour causes thousands of overseas fans coming here to watch their concerts! Or better, Datuk MTV Asia Awards! You know, it was watched by 80 million viewers worldwide. How about that for a promotion.

4 comments:

aisyah said...

sengal kan? x bermotif. curiga aku. itulah topik hangat aku beraya hari ni kat ke-6-6 buah umah. ntah apa la sumbangan dia neh yg besar sgt.. well act aku rasa dgn buat mcm tu maybe melaka yg sbg negeri pelancongan aka tumpuan bla bla bla dpt menarik lebih ramai org.. tp, tetap x nampak dgn jelas logiknya.

Adian said...

braye 6 umah? wahh... aku lagi rela masuk amazing race dari braye walaupun lagi jelas mane lagi penat. ahaha *semangat ini jangan dicontohi* hmm tula, nak kate SRK penah blakon hindustan scene kat melaka lalu sejuta pengunjung datang melaka tahun tu, bolela. ni xde pun, kalu ade pun klcc sket2.

chika said...

tu ar.
aku baca kisah neh online semalam. mmg gelak tergolek-golek.apa kejadah la kan?

Chika Chika said...

Dato' Pamela Anderson?
KAH KAH KAH.
Tan Sri Eddie Murphy?

Related Posts with Thumbnails