Monday, November 10, 2008

Edisi Tag Meng-tag

Entry kali ni didedikasikan untuk tag2 yang baru diterima. Kalau tag2 ni kita kene berbahasa ibunda haha (motif?) (harini papan kekunci 'f' semacam degil nak ditekan, so kalau nampak perkataan2 seperti ***, ***, ***** atau sewaktu dengannya yang ketiadaan f di pangkal harap dapat meng-assume perkataan apakah itu. bagus komputer ni pandai selfcensor)


Pertama, tag dari Farah. Wah, Farah dah ada 4 new entries baru aku wat tag ni. Sori yach! Malas sibuk kebelakangan ini. Sebenarnya tempoh hari telah dijawab sikit tapi rasa xbest lalu entry ditarik balik. Ni wat semula.

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.

1. Saya tak berapa takut dengan...
Mungkin kerana telah didedahkan dengan kegelapan (bukan ilmu hitam) sejak kecil (seperti disuruh mengambil barang di dapur yang gelap tingkat bawah, tidur dalam bilik sendiri - lights off) menyebabkan saya kurang sikit takut dengan "benda-benda" ni. Prinsip saya hanya satu, saya tak kacau mereka, mereka tak kacau saya (matilah ikut prinsip The Village). Saya juga tidak kisah jika bersilisih dengan anjing di tengah jalan (asalkan ada batu di sekitar untuk dibaling kalau2 mereka menyerang).

2. Tapi takut dengan...
Kalau ada orang sedang memesin rumput nescaya saya sanggup membuat "detour" (pengaruh Amazing Race) walaupun akan memakan jarak lebih jauh. Walaupun sebenarnya belum pernah ada peristiwa tercedera akibat batu tercampak, tapi kebarangkaliannya 95% setiap kali melalui radius 20 meter mesin rumput.

3. Tak kisah kalau...
Saya tak kisah dengan orang yang alim, yang memang suci bersih hatinya, apatah lagi kalau orang itu kawan saya. Siapa kata alim dan cool tak boleh sekali? Dapatlah kiranya menasihati kita sekali-sekala, dan boleh jadi rujukan kalau ada yang dimusykilkan.

4. Tapi saya sangat pantang....
Dengan orang yang bertopengkan agama. Yang sibuk bercerita tentang sirah nabi kononnya tetapi dalam hard disk penuh pornografi. Yang boleh meletakkan cd ceramah agama di atas dvd lucah inggeris dan arab dalam laci. Yang "suka" mendengar mp3 nasyid dan selawat tapi sembahyang Jumaat pun tak pergi. Saya pantang! Pantang!

5. Saya tak faham...
Apakah obsesi dengan rokok. Saya pernah mencuba rokok arwah datuk saya semasa darjah 1 (amik ko! aku lagi otai ok haha) semasa beliau sedang tidur dan saya mencuri rokok dia tapi sangat tak sedap. Semasa matriks pun pernah dioffer rokok "perisa strawberi" tapi saya sangat takut ter-addict lalu menolaknya. Saya amat marah kalau orang merokok berhampiran. Mood yang ada terus hilang serta-merta. Saya amat kasihan dengan rakan sebaya yang merokok kerana mereka berkemungkinan akan terkena kanser paru-paru dan meninggal awal. Kasihan future isteri dan anak mereka.

6. Tapi saya faham...
Kalau ada yang obsesi dengan makan. Makan dan makanan memang nikmat. Terutama roti dan biskut. Berapa banyak program diet pemakanan sihat saya kecundang, bukan sebab lapar, tapi sebab nafsu makan bergempita (penggunaan bahasa yang salah). Walaupun suka membaca label kandungan pemakanan di belakang paket makanan, namun itu tak pernah menghalang saya menghabiskan sebungkus Coke Chipsmore setiap hari. hehe. Mujur saya tak paksa untuk muntah selepas itu.

7. Suka makan tak bermakna...
Saya suka masak. Saya amatlah jahilliyah apabila berada di dapur. Oleh itu makanan kegemaran saya pun berciri yang mudah-mudah seperti roti dan biskut yang tidak memerlukan saya mengeluarkan kuali dari kabinet. Tapi nanti berazam akan cuba membuat roti dan biskut sendiri. Hehe.

8. Dan senarai di bawah adalah makanan yang saya tak makan...
Kambing; ikan (kecuali sardin dan tuna); organ dalaman semua jenis binatang; kerang, kepah, lala dan sespesies; sayur-sayuran dan ulam-ulaman (tak tahu kenapa masa kecil benci betul sayur, jadinya sampai sekarang pun tak suka, tapi salad+sos thousand island suka plak. matilah western!); dan lain-lain yang mungkin terlupa.

9. Saya menyampah...
Dengan mereka yang penggunaan bahasa inggerisnya terhad kepada "shit", "damn", "****" dan curse words yang lain. Nak tulis resume terhegeh-terhegeh, ayat tunggang langgang, MUET pun band 1 je (maaf saya sedang marah) tapi kalau menyumpah mengalahkan mat salleh. Ilmu pengetahuan hendaklah seiring.

10. Bukan mudah saya untuk berkawan...
Kata orang berkawan biar seribu, tapi tak bermakna Friendster list saya perlu mencecah 1000. Pendek kata, saya memilih kawan. Saya akan perlahan-lahan menjauhkan diri dari mereka yang tak bermanfaat, lebih banyak membazirkan masa dan paling penting, tiada chemistry. Tapi tak bermakna saya mahukan mereka yang kaya dan pandai sahaja. Hidup kita perlulah saling membantu dengan mereka yang kurang tahu, walaupun sekadar mengajar cara membuat "feather" dalam Photoshop.

11. Tapi sekali persahabatan saya tercabar...
Sekalipun emak anda datang ke rumah saya merayu dan menangis minta saya kembali berkawan dengan anaknya, saya minta maaf. Ehem.

12. Saya tak kisah...
Kalau orang kata saya gila mendownload, menjadi hamba internet, bertapa di fakulti 24 jam. Yang penting saya (cuba untuk) tak menyusahkan orang.

13. Tapi saya pantang...
Kalau orang yang menyusahkan orang lain dengan melayan kerenah dan perangai mereka. Yang tidak memberi komitmen kalau bekerja secara berkumpulan. Yang tidak menepati janji. Yang menggatal pergi kerja tapi orang lain yang kene menghantar dan menjemput pulang tengah-tengah malam. Mereka ini macam nyamuk dan dracula yang hidup atas darah orang lain.

14. Saya sensitif terhadap...
Penggunaan bahasa rojak. Walaupun dalam percakapan kedengaran macam ok tapi bila ditulis macam memalukan rupanya. Kalau beberapa perkataan BI dimasukkan sedikit ke dalam ayat BM (and vice versa) masih boleh diterima lagi. Yang pening tu bila sekejap BI, sekejap BM, bercerita guna BM, tiba-tiba meluah isi hati guna BI lah pulak. Ayoyo... berangan Mary Alice atau cuma nak buktikan my English is good too, you know? Bercelaru otak membacanya. Secara peribadi, saya lebih senang bercerita dalam BI. Sebab pertama, sebab saya kurang berkomunikasi dalam BI dan oleh itu bolehlah menjadi medium mengasah dan mengguna vocab2 baru.

15. Sebab kedua...
Bila saya menulis dalam BM, akan jadi macam ni la! Formal macam skrip majalah tiga! Tak suka... isk2

OKlah, masa untuk mengetag! Saya meng-tag
- San Sit! haha
- Sheikh Faizal (no to be confused with Sheikh Muzafar ok)

Tag kedua datangnya daripada (cewah macam rancangan Sampaikan hari raya) rakan lama saya yang sudah pandai berjinak-jinak dalam dunia blog ini, Faizal. Mujur tag ini mudah sajo.

1. Put the logo in your blog

Tak mengapalah, demi kesedaran Breast Cancer kan.

2. Add a link to the person who is shared it with you
Faizal - Wah dah tiga kali aku hyperlink blog ko nih.

3. Nominate at least 7 blog
Saya terasa baik hari ni lalu ingin mematikan tag ini setakat ini sahaja. Haha

Ada tag ketiga dari si Faizal ni tapi maaflah yach! Saya tiada kamera berhampiran untuk melunaskan arahan tag tersebut. Hehe.

OK, tamat!

16 comments:

fara-D said...

the first five points seakan menjurus kpd ...haha!

14. Saya sensitif terhadap...
Penggunaan bahasa rojak. Walaupun dalam percakapan kedengaran macam ok tapi bila ditulis macam memalukan rupanya. Kalau beberapa perkataan BI dimasukkan sedikit ke dalam ayat BM (and vice versa) masih boleh diterima lagi. Yang pening tu bila sekejap BI, sekejap BM, bercerita guna BM, tiba-tiba meluah isi hati guna BI lah pulak. Ayoyo... berangan Mary Alice atau cuma nak buktikan my English is good too, you know?


ALAMAK! terasa aku! ^.^

Adian said...

the first 5 points? maksudnye? ade orang yg ade kelima2 point itu gak ke? tolong! xpaham ni...

laa aku tak berniat menyinggung ke arah ko pun! ko ade ke wat camtu? aku xingat pun.. biasenye ko samela cam kitorang sume kan. kalu adepun, maaflah. ketahuilah blog kamu akan tetap ku baca walau kamu menulis bahasa tamil sekalipun.

lagipun tu dah point ke 14 dah. nampak sangat aku xde idea nk tulis ape. hahaha

fara-D said...

to be exact, point no 3,4 & 5 tu semacam dibuat ata dasar pengaruh kebengangan ko terhadap seseorang itu! kehkehkeh.....

ahaha. terima kaseh kerna sudi membaca blog hamba. akan tetapi, harap maaf, hamba tidak betah berbahasa tamil kerna hamba sememangnya tak pernah mempelajari pun bahasa tersebut walaupun besfren hamba....erk. noktah.

Adian said...

HAHAHHAA..... besfren siot! hehe

oh, kalau point 3 4 5 ya ya ya agakla. seb bek bukan 1 ngan 2 skali. kalu tak kita serupa... nehi!!

Chika Chika said...

1. adian buat entry bahasa melayu!
2. point nombor 4 cam ... HAHAHAHA.
3. point nombor 11, okay. Terbukti.

woi tag yang pink sisterhood tu cam aneh plak ada kat blog ko. HAHAHA. Tapi tak pe. Cegah breast cancer. (lelaki boleh kena ke? aku cam tak pernah tahu plak) :-?

Chika Chika said...

azam membuat roti dan biskut sendiri?
gulp.
all the best.

(aku pon nak. bukan nak buat. nak sikit. nanti)

Adian said...

hahahha... nanti aku bagi roti dan biskut kat ko k. kalu sedap semacam je nescaya itulah biskut munchy's.

point no. 4 berkaitan lebih daripada seorang. point no. 11 adalah berdasarkan kisah benar hehe.

eh lelaki bleh kene la. menurut 3R. dan mingguan malaysia aku penah baca dulu. tp risiko die xla setinggi perempuan.

Chika Chika said...

rajin la pulak ko tgk 3R eh.

okey, lelaki ... sayangi payudara masing2.

Adian said...

3R - Respek diri anda, ambil masa untuk relaks, dan respon kepada persekitaran anda. haha

fievelski rensler@gedix mentega cap ayamz said...

Hahahahaha....suka sgt ngan statement no 4..dush..kena firen langsung beruban rambutnya..eyh...terbagi klu plak..

no.6..Amboi..amboi..amboi..(sambil jari kelingking kaki bergerak2 ala2 ekor kucing durjana di kafe)...mak seconds the motion!!!!(seconds or second..haven't figure out that part yet...ala2 slang american bagai...tp sebenonyer...berbahaso nogori di umah kan kekdahnyer non...)

no.9...ayoooo?!! (sambil menongkat dagu dan memuncung mulut ala2 bespren farah)..makkah ittew?...erm..nak add on sket.. (bley guner perkataan add on kan..sah2 la salah!!)..perkataan fantat (maaf ler yer..komputer sy tada penapis perkataan lucah berinsuran yer)..ley dikira x kalo ianya corrupted malay cursed word pronounced with deep english accents..mind you...chicago english occay?)kengkawan sekalian...ko ado wat research pasal asal usul perkataan sampai tahap 2?nan ado kan?mak jugak la rajin cari dalam jurnal2 terbitan universiti fefonens malingsia..hahahaha..dah..jgn nak merepek tak tentu pasal...

wah siapakah yg ko ajar wat feather 2?

Adian said...

haha.. aku rase second kot.

no. 9? KO JANGAN NAK PERASAN ok! bukankah ko bukan sahaja arif dalam bahasa inggeris samada queen's english mahupun ghetto sekalipun, malahan juga thai, hebrew, aramaic dan sebagainya? hahahaha...

feather itu sebagai metafora mengajar benda kecil. tapi time first year mase buat panel tokoh tu aku ingat lagi berlari2 satu studio tolong ajarkan budak2 ni cara fill colour la, gradient la, feather la.

gedix lurve coke...insanely said...

huhahuhahuha....ko luper..ak jugak bley bertutur bahasa indonesia, bahasa utagha, sikit2 yiddish, english (chicago style walopun sekadar impersonate jerrr), sikit2 french walopon semua vocab dr lagu celine dion atau alizee sajork..n spanish..of coz...zaman kegemilangan telenovela dan talipusat...hah..cuba teka sp ajar ak introduction to photoshop?siapa?hahaha...che lan lah...bley x??

Adian said...

wow. just wow. haha.

aku tau speak gibberish jer.

aisyah said...

adian takut mesin rumput? ala cutenye..

oh, point no 4 kamu ada cerita. begitu juga dgn point no 11. ketika itu di kereta..aku menculik kamu.haha.

sgt setuju dgn makan dan pemakanan. makan mmg nikmat. tp eh..apa je yg kau makan? mcm sgt byk yg kau x makan. (sudah terlupa bila kali terakhir makan bersama adian..)

aku suka je entry kau dlm kedua-dua bahasa. 2-2 pon rasa mcm baca skrip..yg cool okeh.

Adian said...

haha... peristiwa penculikan dan memusing2 ukm.

eh banyakla aku makan. nasi roti mi kue tiau telur biskut ayam daging ketam udang sotong.

hehe tq. nnt kalau mengizinkan aku tulis lagi bm.

sh said...

huh... pakcik2...
lambat ckit erk... tgh cibuk skrg...

Related Posts with Thumbnails