Monday, February 09, 2009

Hari Yang Panjang

(gambar dicuri tanpa rasa segan silu dari blog Astri)

Sebelum itu, mari ucapkan tahniah kepada (Puan heheh..) Nurul Haizum dan pasangannya (Encik) Ahmad Hizwani atas keberlansungan majlis pernikahan dan persandingan mereka Sabtu dan Ahad yang lalu. Sejuk hati melihat seorang rakan sepergelumangan satu studio selama 3 tahun, akhirnya selamat tiba ke jinjang pelamin. Semoga kalian diberkati hendaknya. Jangan lupa memblog dari Brisbane ok!

Konvoi 10 kereta dari UKM semalam tiba di Cheras pada jam 12 tengahari. Selepas bergambar bersama pengantin (lama benar pengantin makan.. haha), Perodua Viva hitam Che Lan meluncur terus ke Pavilion. Hajat ingin membaiki iPodnya yang rosak. It turns out rupanya hanya masalah software. Maka sebelum kehilangan RM50 kepada service charge, Che Lan suruh aku saja yang betulkan. Selepas itu 3 pasang kaki ini pergilah merayau-rayau di Bukit Bintang. Sempat merembat cover untuk pemacu cakera keras mudah alih (external hard drive heheh..) dan beg notebook baru.

Kemudiannya bergerak ke Klang menuju ke teratak kecil di hujung desa (cewah) mengambil handset yang tertinggal tempohari. Kemudian singgah di AEON Bukit Tinggi untuk dinner di Kenny Rogers yang terletak di sebelah Starbucks... haha.

Tiba di UKM jam 11.30pm. Pengsan.

p/s: Sejak dua menjak ni, meriah pula msjbox visitor log dengan nama-nama baru. Dari mana kalian semua datang ya? Selamat datang.

7 comments:

fara-D said...

meriah la visitor log, semua nak baca pasal chika's wedding!

correction: HANGPA sampai kat perkarangan fkab jam 12++. sampai umah Puan (ehem) Nurul da jam 1 lebih oi!isk.

Adian said...

hahaha lost track time.

ST_one said...

Wow! Kuat you all berjalan!

Adian said...

If I didn't stupidly left my phone, we didn't have to travel extra mile to Klang. haha

tkah said...

wat happen..
its been years ak x jenguk ko punye blog.
dah bertukar bahasa plak.cam dalam buku sastera plak..
hehe

Adian said...

kdg2 kalau datang gila aku wat bm. entry sebelum ni still majority eng lagi. hehehe

fievelski said...

Huha..huha..seb baik kita yg paling lambat..dah la ngumpat orang len lambat..seb bek btul dorang lmbat

Related Posts with Thumbnails