Thursday, July 23, 2009

NewWajahLookBaru

Tu dia... tajuk pun dah menggambarkan kecelaruan identiti blog ni sekarang. Nak guna bahasa ibunda atau bahasa perantara antarabangsa? Hmm... kalau bahasa ibunda memang lebih lancar proses penulisan berjalan, sekali orang baca dah tahu mood penulis waktu menulis tu. Kalau bahasa Queen pula (bukan drag queen!) berjelaga juga otak nak memikir struktur ayat yang sesuai digunakan, maklumlah blog kan medium perantara yang santai, tak nak lah bila dibaca bernada berita CNN pula. Haha, kebaikan menggunakan bahasa Inggeris di dalam blog ialah (di samping mengasah tatabahasa dan vokabulari), skop jangkauan (outreach) blog akan lebih meluas, bererti tak kiralah ada pembaca sesat dari lembah Amazon ke, kepulauan Ryukyu ke, pergunungan Aconcagua ke, jurang Mariana ke, mereka boleh turut membaca sekiranya mereka berbahasa Inggeris. (Walaupun hakikatnya sepanjang 4 tahun ni tiada kenalan baru berbangsa asing pun yang dikenali dari blog ini haha) Lepas tu, suka pergi Google Translator dan terjemah blog sendiri ke bahasa-bahasa asing dan berangan fasih membaca entry sendiri dalam bahasa Perancis. Hahaha. Jadi macam mana sekarang? BI atau BM?

Sebenarnya kerja yang dirungutkan dari malam semalam belum siap pun sebenarnya. Cuma tiba-tiba terlintas taktik menjawab soalan bagi menangguhkan deadline. Jahat tak? Apa boleh buat, Photoshop nampak serba tak kena semalam. Dan tiba-tiba skrin 14" komputer riba rasa begitu kecil sekali. Kalau ikutkan hati nak saja pergi membeli skrin rata sebesar LCD Farah tu. Haha pinjam boleh?

Dalam kemurungan akibat ketidaksiapan kerja itu, entah dari mana datang kekuatan (cewah), pergi mencari templat blogger yang baru. Sebenarnya memang dah lama sangat teringin nak tukar templat sejak Blogger memperkenalkan sistem Dynamic HTML yang lebih mudah disusunatur terutama bagi mereka yang sifar dalam ilmu pengaturcaraan (coding). Feature yang paling geram sekali untuk digunakan termasuklah "Older post/Newer post" yang memudahkan navigasi pembaca dan "recent comments" yang menjimatkan masa pengendali blog menyemak komen-komen terbaru. Kedua-dua ciri ini mustahil untuk dipasang pada templat Blogger terdahulu yang menggunakan sistem Static HTML. Lalu dalam masa 20 minit berjaya menemui satu templat yang kelihatan adaptable dengan konsep yang berlegar-legar dalam kepala ini. Sejam seterusnya, voila! "Kun fayakun" kataNya.

Esok ada 2 temujanji, kalau sempat, boleh turut serta untuk mesyuarat workshop dengan wakil pelajar dari Taylor.

Perihal Yasmin Ahmad

Kecoh ruang maya Malaysia petang tadi apabila pengarah filem tersohor ini diberitakan telah meninggal dunia. Semakan di beberapa portal berita kemudiannya menyangkal dakwaan ini, sebaliknya beliau hanya tidak sedarkan diri setelah mengadu sesak nafas ketika sesi pitching program terbaru di Sri Pentas melibatkan Datuk Siti Nurhaliza, yang turut berada di situ. Setelah proses CPR dilakukan Datuk Siti dan seorang doktor TV3 (bukan senang nak tengok Siti buat CPR kan, Siti juga bekas Duta Muhibah PBSM dahulu) masih gagal menyedarkan beliau (mungkin semasa inilah berita kematian mula tersebar), Yasmin dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara dan disahkan diserang strok di bahagian otak. Pembedahan selamat dilakukan jam 6 petang tadi. Semoga beliau beransur sihat.

P/S: Sesi piching bermaksud proses menjual idea dan meyakinkan stesen TV untuk sesuatu projek/program. Agaknya apa projek yang dirancang oleh Yasmin dan Siti ini?

12 comments:

fievelski said...

wah!satu batubatu (milestone) dalam arena belogging.

apa yang dibincangkan mereka ya?

Adian said...

tula... excited gak nak tau. tapi dah jadi camni, nampaknya projek tergendala-lah.

aisyahmokhtar said...

uiii nampak macam 'something' blog baru ni. bagus. menarik. tapi aku caye kau akan lebih memenarikkannya lagi di kemudian hari. teruskan. ^_^

fievelski said...

maksud kamu aai, ia kelihatan masih belum siap?gitu?

Adian said...

matilah konsep rumah siap aai berbunyi. haha.. xtau la aku nak menaiktaraf apa selain tuka background sahaja. ciri-ciri template ini terhad sekali. hehe

fievelski said...

tiru aja konsep ngomelskit

Adian said...

ngomelsikit? konsep dia apa?

fievelski said...

konsep kini lebih minimalis. tapi kurang rangup

aisyahmokhtar said...

haa...tu la kot. kurang rangup. tp ini mungkin 'adian' yg baru. mungkin.

hoho. klu rumah tak siap tu blog aku. mmg tak siap pon. dan tak rasa nak siap. biar gitu. moral - jgn jd mcm blog aku keh. kehkehkeh

Adian said...

kurang rangup tu adalah jawapan gedik kepada sebuah blog lain la a'ai.. kantoi a'ai menganggap blogku kurang rangup juga.. ahaha... janganlah menganggap blogku umpama twisties yang sudah lemau... tetapi anggaplah ia umpama marshmallow yang sengaja bersifat empuk. haha motif berfalsampah xtau.

fievelski said...

welkam tu komuniti frinjan!

Adian said...

haha nanti balik update la gambar2

Related Posts with Thumbnails