Saturday, July 25, 2009

Tayar & Wayar

Semalam pulang ke pangkuan UKM. Ada 2 appointment. Mari kita namakan temujanji A dan B bersama Encik A dan B. Temujanji A dijadual pada jam 9.30 pagi, maka jam 7.20 bertolak dari stesen komuter ke UKM. Perjalanan komuter waktu pagi sepatutnya menceriakan, sebab boleh mendengar Riuh Pagi ERA. Malangnya earphone telefon bimbit gagal ditemui. iPod pun tertinggal di rumah. Lalu perjalanan yang 'sepatutnya menceriakan' itu lantas menjadi pelenguh punggung selama 2 jam.

Sudah melewati jam 9, setelah dihitungkira faktor menunggu bas dan masa yang diambil untuk bas berhenti di setiap perhentian, memang sah takkan sempat tiba di fakulti jam 9.30. Apatah lagi angan-angan mahu bersarapan di kafe kononnya. Adian, pengurusan masa kamu gagal OK.

Otak mula menjalankan tugasnya. Shafiz! *ting*
---Berikut adalah transkrip perbualan menerusi sistem khidmat pesanan ringkas---
A: Kat fac kah?
S: Tak. Kat bilik lagi.
A: Tak pergi kac ke?
S: Baru bangun ni. Baru nak mandi.
A: Haa bagus2. Nanti boleh tak amik aku kat komuter?
S: Aku tak berani keluar UKM la. Baru 2 kali je, itupun ada Gedik ngan Kak Huda.
(Hmm... takpe2 kita cuba cara lain)
A: OK aku jalan sikit sampai pintu UKM belakang tu. Amik kat situ boleh?
S: Hmm pintu komuter tu?
A: A'ah tapi tak payah keluar UKM pun.
S: OK. Ko kat mana?
A: Stesen Kajang.
(OK, plan berjaya setakat ini)

Setiba di komuter, pantas-pantas berjalan menerusi driving range yang memisahkan kampus dan stesen komuter tersebut. Kemudian dapat sms.
S: Adian, ko rajin ke jalan tu. Pukul 9:30 ada bas dari komuter tu.
(Waaa, seboleh-bolehnya tak nak ambil aku kan? haha)
A: Alamak, aku dah sampai pun.
S: Oh, ok.
(Hehe. Mujur pantas)

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Manakah gerangan tak sampai-sampai pun?
Encik A: Adian, dekat mana? Saya tunggu dekat fac.
Akhirnya Proton Iswara merah itu meluncur laju sampai.
"Soriiii terpaksa saaaangat menyusahkan. Haha"
10 saat pertama dalam kereta itu sudah cukup membuktikan patutlah beliau tidak berani keluar UKM. Kereta manual! Matilah aku pun dah lupa pengendalian manual kan.

Sampai di suatu selekoh meneruni bukit di Fakulti Pendidikan (sebelah fakulti kami), aku perasan kenderaan ini semakin cenderung ke kiri jalan.. dan belum sempat berkata "oop", sudah kedengaran satu bunyi datang dari bahagian kiri belakang.
"Apa tu?"
"Terlanggar divider kot"

Sebaik melepasi simpang, kenderaan ini terasa condong ke kiri. O'oh....
"Takpa-takpa, jalan saja sampai masuk fac apa-apa halpun"
Setelah berhenti, segera turun memeriksa. Hmm belakang semua OK, sehinggalah...
"OMG!"
Rupanya tayar kiri hadapan sudah pecah (ternampak kesan robekan terlanggar divider tadi mungkin), menyebabkan tayar kempis sama sekali dan rim hampir-hampir terkeluar pun.
"O shoot, macam mana ni?"
Terdamparlah dua manusia yang sangat dangkal pengetahuan tentang ilmu automotif ini terkial-kial memikirkan penyelesaian.
Dan salah seorang manusia itu sudahpun terlewat mengejar temujanjinya.

"OK, call bengkel. Tanya Gedik, dia ada tak nombor bengel?"
Telefon dan Gedik tak tahu.
"Ya semua tak ada hari ni kan?"
"Takda. Tapi ada tayar spare kat bonet"
"Oh bagus2. Tapi mana reti tukar tayar ni?"

Encik A telefon lagi: Awak dekat mana?
"OK OK saya turun sekarang.

Wah tahu tak betapa malunya masa tu? Dahlah suruh orang datang menjemput. Lepas tayar pecah, tinggalkan pulak.
"Alamak aku kena pergi jugak ni. Takpa, nanti aku jumpa siapa-siapa kat bawah tu, aku minta tolong"
Berlari masuk lif. Sampai di bawah, lif terbuka, lega ternampak pasukan UKM (cewah, sebenarnya pagi itu wakil-wakil pelajar senibina UKM dijadual bertemu wakil-wakil Kolej Taylor berhubung penganjuran bengkel senibina tahun hadapan). Ada Beh, Farah, Finaz dan beberapa lain yang tak sempat dilihat.
"Eh korang, boleh tak tolong, tayar kereta Shah pecah kat atas tu?" (Jangan pelik, atas bukan bermakna kereta kami tadi melompat ke bumbung fakulti, sebenarnya fakulti ni dibina di kawasan berbukit, pintu masuk utamanya di aras 3, atriumnya di aras 1)
OKlah sekurang-kurangnya aku tak meninggalkan Shah terkontang-kanting, cuba menjustifikasi keadaan.

Berikut foto-foto ihsan Farah.

Beginilah keadaan tayar tersebut


Apakah yang dilakukan Beh itu?


Men-jack off. Oops innuendo.

Bab 1 tamat.

Usai sidang jemaat dan temujanji B, rupa-rupanya seluruh UKM ketiadaan koneksi internet. Aduh! Rosak rancangan mendownload. Lari ke bilik Encik Mazlan di mana Shafiz duduk sekarang atas tiket RA (perlukah dihuraikan?). Komputer riba mula kehabisan bateri, lalu dicucuk ke soket. Klik, klik (bunyi seperti pemetik api punya flickering tu kan), "eh bunyi apa tu?" 2 saat kemudian, satu titik pada wayar itu meletup dan mula bernyala (menyala as in terbakar ok, bukan lampu bernyala). Liza, seorang lagi RA di situ sudah lari jauh-jauh. Hoho. Maka tanda soal yang melingkari kenapa adapter ini sering perlu dihentak-hentak untuk bernyala baru-baru ini telah terjawab. Mujur tidak terbakar semasa tidur ke, ohh bahayanya. Boleh jadi seperti Hung episod 1. Lalu memesan wayar baru dari Gedik yang kebetulan berada di Mines. Mujur wayarnya RM15 sahaja. Kalau adapter habislah RM100 lebih lagi... dahlah baru ditukar beberapa bulan lalu.

Bab 2 tamat.

Deduksinya (tiru ayat blog Farah), semalam bukanlah hari bertuahku. Haha

4 comments:

finasafa said...

hoh.ada aku ke kat tempat kejadian?aku pegi kelas la time tu.

elly suehaily said...

cean..bad luck..
blog adian berbaur kemelayuan bahasa.kenapakah?agk teruja!

Adian said...

finaz : ayo abistu yg berderet2 tu gamba sapa? entiti berupa kamu kah. hahaha

elly: hoho tu kadang2 sampai seru memartabatkan bahasa kebangsaan, tidak boleh ditolak. cewah hahaa

atom28 said...

waa.
tak tau pun kejadian ini berlaku.
hmm..dimanakah saya?
haha.nak jugak.

Related Posts with Thumbnails