Wednesday, July 22, 2009

Writer's Block la sangat


Writer's block konon. Tipu. Tipu. Tipu. Sebenarnya kehidupan amat membosankan lewat kini sehingga tiada perkara yang menarik untuk dituliskan. Tiada material yang bermutu untuk dihidangkan (selama ini bermutu sangatkah? haha). Meminjam kata-kata Katherine Heigl, "saya tidak diberi material/jalan cerita yang bernilai untuk menghantar pencalonan kali ini" apabila dipersoal mengapa enggan mencalonkan dirinya dalam Anugerah Emmy tahun lepas, walhal tahun sebelumnya beliau berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita (Drama) pada anugerah yang sama.

Heigl yang terkenal dek kelancangan mulutnya lantas mencetus gempar di Hollywood akibat kata-katanya tersebut, akhirnya watak Izzie yang dipegang beliau dalam Grey's Anatomy dikenakan kanser oleh panel penulis skrip siri itu. Mereka bengang mungkin. Haha. Tahun ini beliau tampak berpuas hati dengan material yang 'berat' itu lalu menghantar pencalonan. Namun kali ini beliau pula tertampar apabila namanya tidak tersenarai sebagai 5 finalis akhir.

Apakah motif kali ini meraban tiba-tiba masuk Anugerah Emmy pula. Haha tak mengapalah, alang-alang biar teruskan. Anugerah Emmy kali ini menyaksikan How I Met Your Mother akhirnya berjaya menembusi pencalonan kategori Komedi Terbaik selepas empat musim. Yay! Neil Patrick Harris yang memegang watak Barney Stinson dengan begitu cemerlang dilihat hampir pasti menjulang kategori Pelakon Pembantu Lelaki (Komedi) apabila Jeremy Piven dari Entourage yang berturut-turut mengungguli kategori tersebut pada tahun-tahun sebelumnya, tidak dicalonkan kali ini.

Ugly Betty dan America Ferrera masing-masing kehilangan pencalonan dalam kategori Komedi Terbaik dan Pelakon Utama Wanita (Komedi) selepas dua tahun berturut-turut dicalonkan (America menang tahun pertama), memberi petunjuk komedi tersebut sudah hilang taringnya. Hanya Vanessa Williams (Wilhelmina Slater) berjaya memecah tembok nominasi di dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita (Komedi). Namun beliau harus mengetepikan Kristin Chenoweth (Olive Snook) dari Pushing Daisies yang dilihat sebagai 'favourite' kali ini.

30 Rock, pemenang Komedi Terbaik 2 tahun berturut-turut, kekal berentap di dalam gelanggang tahun ini dengan mencipta sejarah apabila mendapat 22 pencalonan, memecah rekod yang diciptanya sendiri tahun lepas dengan 16 pencalonan. Pelakon utama dan juga pemenang tahun lalu Tina Fey (Liz Lemon) dan Alec Baldwin (Jack Donaghy) juga kembali bersaing dalam kategori masing-masing, di samping Tracy Morgan (Tracy Jordan), Jack McBrayer (Kenneth Parcell) dan Jane Krakowski (Jenna Maroney).

Baiklah, berhenti bercerita tentang Emmy buat masa ini. Semoga berjaya kepada calon-calon kegemaran. Bercerita tentang diri sendirilah pula. Diri sendiri yang menjalani kehidupan rutin yang membosankan. Tidur pada 8 pagi dan bangun pada 4 petang. Senonoh tak? Nilailah sendiri. Pernah mencuba menjadi 'morning person' selama seminggu, namun akhirnya terjebak kembali ke kancah hina ini. Hahaha. Bangun jam 4, "bersarapan", terpaksa menonton E-Toyol.com yang bodoh itu (nasib baik dah habis), masuk pejabat (dibaca sebagai bilik komputer, yang kini bilik baru saya yang masih menunggu krew Casa Impian melakukan transformasi. Tu dia tipu sangat.) Ngok ngek ngok ngek berFacebook eh dah 12 malam, bla bla bla bla berYouTube dan berYM, eh surau sudah mula membunyikan bacaan ayat-ayat suci tandanya sebentar lagi waktu subuh menjelma. Oh, tak siap kerja lagi. Tunda esok lah. Lepas tu esok pun sama. Dan esok lagi. Dan esok lagi. Sampailah akhirnya deadline lagi sehari (macam malam ini), baru terhegeh-hegeh memaksa diri menyiapkan.

Ini projek terbaru. Haha tapi kena cari sendiri kalau nak tengok ya.

Bukannya sengaja melewatkan kerja, tapi masalahnya idea bukan selalu mencurah. Alangkah baiknya kalau "designer's cap" atau "thinking cap" yang selalu diwarwarkan itu benar-benar dijual. Saya ingin beli banyak-banyak. Dan satu lagi masalah, kalau perkara itu dilakukan suka-suka, wah bersemangat bukan main lagi. Tapi bila perkara itu menjadi tugas berbayar, semuanya serba tak kena. Serba tak menjadi. Apatah lagi kepada seorang yang kononnya mengaku diri 'perfectionist' (akulah itu), will never settle for less katanya. Lagipun kalau kerja taraf "asalkan boleh" saja, dah tentu orang tak mahu kan. Haha cuba menjustifikasikan kelemahan sendiri.

Jam sudah 10.01PM, baiklah kepada Fievelski, semoga berpuas hati dengan entry kali ini. Hahaha. InsyaAllah saya akan kembali ke UKM Jumaat ini.

19 comments:

aisyahmokhtar said...

yeah dah update pon blog kamu~ HOHO. suka membaca entri kamu kalau ditulis dalam BM, sgt humble kdengarannya. ^_^

Adian said...

yakah.. haha kalau tulis BM laju je... xyah penat2 memikirkan translation. maybe pasni akan byk lagi entry BM mungkin. cewah. haha

bila mahu terbang wahai cik a'ai?

suehana said...

suprisingly...
ak xphm ape ko tulis walaupon bahasa melayu..
mmm... maybe minat yg berbeza...
xpe2.. truskan menggunakan bahasa kebangsaan...

Adian said...

yakah. hehe sampai xpaham? tak mengapa.

suehana said...

tidak mengapa...ada org yg paham...

fievelski said...

aku rasa aku paham. ayat aku lagi kongkang dari bai roti ini.

Kenapa aku baru tahu yang Neil Patrick Harris itu rupanya seorang cik-gayah? apa wikipedia kurang memberi kaverej sekitar perhubungan peribadinya, atau aku saja yang igneren enggan klik capaian wikipedia kerana bimbangkan otakku dicemari frasa-frasa sitasi dibutuhkan (citation needed) yang kerapkali menerjah di celah-celah bedah petikan wikipedia itu.

apdet kali ini ku kira agak banyak penceritaan sekitar kehidupan anda yang anda klaim sebagai busan, tapi jutaan manusia (dan spammers juga!) di alam maya menanti dua sen anda untuk dicoret di laman sesawang ini. kebengongan tatabahasa disengajakan okeh?

baiklah. saya akan beberapa komen untuk dihamburkan.

komen#1: jika anda bertukar menjadi orang pagi, maka anda akan menjadi kurang sejuk. oleh itu, kekalkan status anda sebagai makhluk nokturnal

komen#2: menjemput krew casa impian ku kira satu pembaziran kerana anda tidak perlu mengupah eric leong untuk berceloteh lebih kurang setengah jam dan menunggu sesi seprais gila babas yang ku akui cap niaga eric leong yang sangat 'ceria' pada pandanganku. *sila translet ceria kepada inggeris secara literali*

komen#3: thinking cap ada dijual di pasar malam selayang. selonggok tiga puluh sen. tapi sekarang habes stok, sebab ramai orang beli dan menggayakannya sesuka jiwa. kalo bukan perfeksionis, apa kau tidak kisah aku kasi kau gelaran zionis?ops!tentu tidak..haha..hanya berguran..hoho


komen#4: Okeh, dahagaku terhapus, nafsuku terhadap entri-entri bernas yang dua tiga hari ini agak menggila, mulai mengurang. masih banyak ruang untuk penambahbaikan. teruskan usaha membelog. jangan sampai mengira duwet narfnarng jadi zikir santapan minda seharian sudeh...

Adian said...

wah. komen lagi panjang dari entry baru kamu.

HAHA FINALLY! aku saja tanak bagitau perihal Neil Patrick Harris meski sudah ku ketahui sejak season 1 lagi (tipu, actually season 3 baru dia come out, tapi time tu la kita baru stat marathon dari season 1 kan), mau tengok season brapa ko akan find out. hahaha...

muak dengan layout ni. nanti aku copy templat kamu ahahaha (matila tiru ngomelskt yang convert kepada minimalism)

fievelski said...

komen perlu panjang. buat kerja perlu sikit. baru nampak sejuk. tapi aku rasa aku panas la. okeh..dinukil dalam inggeris..(ini terjemahan literari sajork)

haha..aku tau pun kot fesbuk.giler sangat frog under the coconut shell sungguh aku rupanya.

muak dengan tata atur ini?ubah saja ikut yang kau suka. sila gugel site inspire. di sana ada jutaan templat cool. anda bisa gila sekejap mau memilih nanti.

Apa?kamu mau konvert ke minimalis?apa kau sudah yakin mau murtad eksentialis? minimalis tu penuh kepura-puraan...itu agenda orang kaya ingin berlagak mereka sederhana. hahaha..mau tiru ngomel sikit. tada masalah.

moto hari ini
perfeksionis adalah pepetsialis

hahaha
aku sukak latin!

Adian said...

hahahahahah. bukan frog under coconut shell la. frog under hawaiian breast cover.

fievelski said...

okeh.tapi aku mau tambah perisa sket.kasi lebih urban. "frog under the lace bra of victoria secret brand worn by a fag, parade in nude on the 28th street".Sangat kedengaran manhattan di alur telingaku.hoho

fievelski said...

wah!tetiba diserikan imej2 grafik. haha..website lagikah?

fara-D said...

wow! Seronok pula membaca entry anda yang dikarang sepenuhnya dlm bahasa ibuda. Fuh! Tahniah!
(motif tahniah??haha)



Aku jugak kepupusan idea nak mengupdate............
T-T

fara-D said...

oh. baru terlihat layout baru secara full ...wuuuuh.......

Adian said...

hoho selamat datang! hmm... update la kisah perjalanan anda semalam. hehe

fievelski said...

aku jua kepupusan idea mau hapdet dengan bernas

Adian said...

xbernas pun takpo...

fara-D said...

perjalanan ku? oh? perjalanan apakah??

Adian said...

perjalanan PJ-UKM-MINES-SUNWAY-PJ yang diwar-warkan di FB semalam

aisyahmokhtar said...

wohhh panjangnya komen!

HAHA aku tau kes perjalanan farah. sila kagum wehhhhh. aku jua kagum dgn gadget bleh berkata-kata tu. kedengaran unggul.

terbang? HEHE. bila diizinkan. teruskan berdoa. motif???

Related Posts with Thumbnails