Wednesday, August 05, 2009

Apple Tablet Anyone?


Kepada mereka yang selalu mengikuti berita terkini (yang bukan terdiri daripada demonstrasi jalanan memualkan) pastinya sudah sedia maklum mengenai perkhabaran panas yang bertiup kencang tentang ura-ura konglomerat gergasi Apple yang dilaporkan bakal mengeluarkan komputer mini (atau disebut tablet)nya sendiri menjelang September ini. Daripada sekadar khabar main-main sejak beberapa tahun lepas, kini statusnya telah berubah kepada "hampir pasti", ditambah lagi dengan sumber-sumber dalaman yang katanya telah menyaksikan dan menguji sendiri gajet tersebut, lantas menyebabkan para CEO syarikat pesaing lain tidak senang duduk malah sanggup menangguhkan pengeluaran produk mereka bagi menantikan "apa sebenarnya yang akan dilancarkan Apple kali ini?"

Para penyokong Apple (atau lebih dikenali sebagai fanboy) yang sememangnya kritis dan kreatif belaka telah mula mempamerkan skil Photoshop mereka di laman-laman forum Apple, dalam memvisualkan idea mereka tentang sang Apple Tablet ini. Carilah di Google Images dan anda akan perolehi pelbagai versi, termasuk yang dipaparkan di sini.

Pada masa Apple masih enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini ("Kami tidak mengulas sebarang khabar angin" menurut mereka), maklumat demi maklumat muncul mengenai spesikasi gajet ini. Dijangka dijual pada harga USD800 (RM3000), Apple Tablet dilapor menggunakan skrin sesentuh 10 inci, dan seperti iPhone, ia bergantung sepenuhnya kepada teknologi wireless/3G untuk berhubung kepada internet.

Komputer tablet bukanlah sesuatu yang baru, banyak produk seumpanya telah dihasilkan, dipasarkan namun majoriti daripadanya menemui kegagalan. Walau demikian, Apple dikenali sejagat sebagai syarikat yang mempelopori revolusi perkakas elektronik pengguna. Dengan rekaan kemas, perisian mesra pengguna dan kempen besar-besaran, Apple mampu mentransformasi sebiasa-biasa produk kepada satu fenomena (yes, I'm talking to you iPod Shuffle). iPod dan iPhone masing-masing mengubah senario pasaran alat muzik peribadi dan telefon bimbit pengguna di seluruh dunia, maka tidak hairanlah jika seluruh dunia berdegup kencang dalam antisipasi menantikan gajet "misteri" terbaru syarikat yang berpangkalan di Cupertino, California ini.

6 comments:

.ib. said...

wowow!!!! cant wait!

btw nice layout bru ni! menarik!

Adian said...

thx! kalau kluar ib nak beli kah?

.ib. said...

angan angan dalam diri memg ade nak beli macbook kaler itam.. hehe tablet ni taktaula... mcm best tp i nak yg boleh support photoshopla kan..hehe... ;)

Adian said...

a'ah... slalunya tablet2 kejadahni more untuk portability je.. performance biase2 je kot.. more untuk hiburan cam ipod touch bolela kot.

aisyahmokhtar said...

ui laporan+ulasan macam dalam paper ruangan gadget. tahniah.

tablet tu aku membayangkan macam komputer buku yg selalu dipegang oleh penyiasat CSI dalam byk rancangan diorg. buku a.k.a tu dibawa ke merata-rata macam bawa sekeping buku. uh, inginnya.

Adian said...

ohoh dlm csi dah ada kah? haah mesti best kalau bende tu leh bwk g site ke, mana2 ke.. macam komputer yg sentiasa on.. xyah nak susah2 tunggu dia bukak lambat.

eh a'ai tadi lupa nk kasi talentime ngan hati malaya lah.

Related Posts with Thumbnails