Friday, August 14, 2009

Lost and Not Found Found

Fuh... 3 hari duduk di X:Site dekat Pusanika, barulah tahu bagaimana kehidupan seharian sebuah X:Site (sapa tak tau mesti tertanya apakah gerangan X:Site tu kan. motif? ko ingat ada pembaca luar baca blog ni kah? kawan-kawan ko je ok. haha habisla elemen-elemen blog Farah sudah berjangkit di sini). Hari ni (hari entry ini ditulis, iaitu Rabu lalu) rajin sikit lalu bertebaranlah menjelalah ke segenap fakulti di sekeliling Lingkaran Pertama tu, FSSK, FPI, ATMA, FEP dan FST melayangkan flyers. Tapi ada fakulti yg terlampau besar... tak larat nak jelajah semua.. bayangkanlah FST (Fakulti Sains dan Teknologi) tu, satu Bangunan Sains Matematik dah macam satu Fakulti Kejuruteraan, belum lagi Bangunan Sains Geologi, Sains Kimia dan sebagai-sebagainya (haha tiru ayat siapa ni? sendiri mau ingat), naik tangga turun tangga tiba-tiba dah sampai seksyen pengawetan binatang... terkejut seketika melihat itik, memerang dan binatang-binatang lain.. macam dalam Night at the Museum pula. Adakah mungkin binatang-binatang ini akan bertebaran riang pada malam hari? (Tu dia lagi 4 hari nak konvo baru kau sampai fakulti-fakulti lain kan... 4 tahun kau buat apa kat sini ha? Hahaha)

Sebelum balik tadi baru mendengar perkhabaran kurang baik tentang tragedi yang menimpa junior kami iaitu Anuar yang kehilangan komputer riba dan kamera DSLR yang baru saja dibeli 2 minggu apabila kereta dipecah masuk di Mines. Hanya takziah teramat sangatlah yang boleh aku ucapkan. Harap-harap external hard drive tidak turut dicuri atau fail-fail penting ada dibackup. Lalu aku pun rasa terpanggil untuk berkongsi cerita-cerita kecurian yang pernah dialami sendiri atau disaksikan berlaku di kalangan rakan-rakan.

Kes 1: Masa ini di matrikulasi. Rasanya baru jugalah masuk. Tak sampai sebulan kot. Ayah baru tinggalkan RM300 cash sebelum ke umrah. Tiba-tiba bila nak bayar makanan di kafe (masa tu dengan Afeeq), terkejut gila bila tengok dompet dah kosong. Ya Allah. Tanya teman-teman sebilik pun mereka tak tahu. Walaupun ada prasangka, tapi tak beranilah nak tuding jari pada sesiapa. Macam mana pun, itulah kali pertama kehilangan wang dalam jumlah yang besar.

Kes 2: Di UKM tahun dua. Masa tu kami mula ada junior tahun satu. Tapi biasalah, bukannya aku kenal mereka sangat pun (senior yang jahat kan haha). Tengah borak-borak di studio, datanglah seorang junior ambil kunci motor daripada Ainul. Aku tanya Ainul, dia kata junior tu nak pinjam keluar. Tergerak jugalah hati nak melawak "habisla sekali dia call kata dah hilang". Tapi tak terkeluar pula. Beberapa jam lepas tu (aku dapat tahu macam agak lambat sikitla), bila dengar Ainul kata "aku tak larat nak nangis dah". Aku selidik punya selidik, terkejut bila dapat tahu motor tersebut benar-benar hilang. Dicuri di Kompleks PKNS. Aku ada juga pinjam motor tu kadang-kadang. Kejadian tu membawa kepada drama yang agak panjang jugalah tapi tak perlu bongkar secara detail di sini. Akhirnya selang setahun lepas tu, Ainul kata polis jumpa rangka motornya (I mean rangka OK. barang lain semua dah tak ada) di sebuah ladang kelapa sawit.

Kes 3: Studio kami memang tak berkunci masa awal tahun 3. Kami pun tak kisah, 24 jam studio mesti ada orang paling tidak pun seorang. Masa kami ke trip di Bandung dan Jakarta, macam biasalah studio tu tinggalkan bertutup tanpa berkunci. Bila datang balik, speaker aku atas locker dah tak ada. Tapi disebabkan PC Ainul, Keghi dan ramai lagi sihat walafiat je, mula-mula aku andaikan ada senior/junior yang pinjam. Tapi sampai hujung sem pun masih tak jumpa. Itulah kecurian paling pelik buat masa ni. Sampai sekarang aku tetap rasa ada orang pinjam lupa nak pulangkan. Haha. Mujur speaker tu murah je. Sekarang dah beli yang baru, model sama juga.

Kes 4: Ini kes paling sensasi la aku rasa. Masa tu tahun tiga. Sem tiga kot. Macam dah hujung-hujung. Aku datang pagi tu dah kecoh-kecoh. Rupanya laptop Ceeda kena curi! Itu pertama kali kejadian seserius tu berlaku di studio kami. Al-kisahnya, studio kami memang berkunci masa tu (sebab pagi lagi). Kalau nak masuk kena melalui studio sebelah (studio junior). Ceeda datang awal tapi dia naik jumpa Prof Zuhairuse. Lalu dia pesankan kat Ainul suruh jaga barang sekejap. Ainul pulak pergi mana tah lepas tu (tapi beberapa minit je). Dikhabarkan orang tu masuk dari studio junior terus ke studio kami (sahlah orang tu memang kenal layout studio ni). Lagipun orang dalaman je yang tahu CCTV berderet-deret depan sekeliling fakulti tu masih belum berfungsi masa itu (sebab baru dipasang). Ada junior yang nampak pencuri tu masuk tapi ingatkan juruteknik ke sapa-sapa ke. Bila pencuri tu keluar dari studio, Ainul nampak lalu kejar. Tapi orang tu dah naik motor, terjerit-jeritlah Ainul di kafe tu (berhampiran tempat letak motosikal) tapi sudah terlambat. Dalam beg Ceeda tu ada juga kamera digital.

Kes 5: Masa ini field trip di Kelantan. Di depan hotel yang kami menginap tu adalah satu kedai makan. Malam pertama kami tiba di situ, ikut kawan-kawan satu bilik (Alias, Jawz dan Che Lan) turun minum-minum di kedai itulah kononnya. Minum minum borak borak, si sengal bernama Adian ni boleh tertinggal handphone dia atas meja/kerusi kedai tu. Masuk balik bilik 2-3 minit, baru tersedar Nokia Communicator 9300i itu tiada lagi dalam posesinya. Mula-mula cari di bilik. Kemudian lantas teringat kedai makan tersebut lalu bingkas turun semula. Masalahnya masa itu telefon malang terbabit memang dah nak habis bateri. Bila call pertama kali bunyi deringan. Kali kedua dah tak boleh. Mungkin dicuri, mungkin habis bateri. Harapan masih ada. Di kedai tersebut, cari-cari tak jumpa. Tanya orang kedai tu pun mereka kata tak tahu. Hmm yelah tu..

Kes 6: Semester lepas. Si Izuan ni pergi sembahyang Jumaat lalu dia tinggalkan dompet sebelah laptop dalam bilik stor (port favourite) studio kami tu. Tak kisahlah sebab budak-budak perempuan ada dalam studio. Bila balik, dompet dah lesap. Budak-budak kata nampak ada orang masuk tapi tak perasan masuk dalam stor. Izuan kata dalam dompet tu ada berapa puluh Ringgit je pun. Tapi nak mengganti semua dokumen pengenalan diri sikit punya leceh.

Hmm.. rasanya itu saja yang aku ingat. Kalau ada sapa-sapa yang ingat lagi boleh tambah ye. Peringatannya di sini, sentiasalah beringat dan berawas dengan barangan anda walau di mana anda berada. Rasanya di semua tempat letak kereta sekarang dah banyak papan tanda ingatkan kita agar jangan tinggalkan barangan berharga dalam kereta kan. Sebab sekarang ni perompak dah canggih.. benda-benda elektronik mereka boleh detect guna alat. Alat ini memang wujud OK, dan bukan mitos yang sengaja dicipta untuk menakut-nakutkan anda. Menurut kajian rambang, alat semurah RM50 ini boleh didapati di eBay, Lelong, dan Plaza Low Yat.


Gambar alatan sebenar. Mesej saja tipu.

10 comments:

fievelski said...

ayo.takut lima menit sat!

ST_one said...

i remember a case during 2nd year where lay ming lost her school beg(with purse, mp4 player and school works inside) when a thief broke into her red kancil in front of kedai printing double A. it happened in a very short time.

.ib. said...

eee cam syall je kan pencurik2 ni.... bodod tol... kaye memg kaye dieorg ni, kaye ngan dose.. hehe... just take care ye guys...

p/s: adian, thanks for sharing... kesiannye kat anuar jr...

Adian said...

fievelski ha ko suke kan letak laptop kat bonet.

stone ya... i remember that!

ib tu la teruk diorang ni. tgkla nnt kat akhirat kena balasan.

elly suehaily said...

ade lagi..laptop erin kena cekau last sem kat dlm studio...bru je 2 minngu beli..sam kes cam anuar la kire nye..
pencuri nye sme ngn kes izuan berdasarkan cite2..lakhanat tol pencurikk!

Adian said...

aah... pastu lupa lagi satu.. handphone ngan kamera fieza pun kene curik time prepare workshop kan?

f.i.e.z.a said...

secara detailnya kamera plus handfon plus duit=RM300 ade kot. wse nak bunuh die! mmg skt hati..

Adian said...

isk isk... sebbek laptop xlesap skali.

arnuar88 said...

haha.. sedihnya bila ingat balik benda tu.. (huh, nasib baik strong wlpun buat2 strong)

xboleh nak bayangkan hilang total rm7000 dlm satu hari.. hmpir 80% barang2 baru.. saba jela.. dh takdir

mmg lepas ni tobat akan jaga barang dgn betol2.. huhu.. *insaf*

Adian said...

eh br prasan ada komen. oh tabahla anuar! kalau aku dah bole meroyan 6 bulan dah tu.

Related Posts with Thumbnails