Thursday, August 27, 2009

Renew Your Driving License. Online

Hola, lama tak update (4 hari je pun). Hmm tak tau nak tulis apa sebenarnya (tipu kan, padahal title dah siap tulis haha kantoi). Sekarang dah jam 4.20 pagi, report yang hendak ditulis tersekat sampai page 6 je *sedih gagal menepati garismati (deadline)* susah OK nak tulis benda-benda yang bukan niche kita. Bab hubungan alam dan manusia haha terpaksa aku menjelajah setiap ceruk Google sampai terbelajar sedikit bidang ekologi dan teori-teori anthopsentris sebagai-sebagainya. Tu dia amik kau crash course sehari hoho. Takpa lah menambah ilmu kononnya.

Esok (err pagi ni.. err lagi 5 jam) mahu bergerak ke UKM sekali lagi, sebab jam 2 petang ada mesyuarat workshop bahagian grafik, dan jam 5 ada mesyuarat tergempar katanya. Haha papelah, tapi sebenarnya lagi excited nak berbuka dengan diorang. Joms! Joms! Bak kata misa arwah Fievelski Rensler (sebab akaunnya Facebooknya kena disable disebabkan anasir-anasir jahat mereport). Kalau nak tidur pun, lagi setengah jam mesti kena kejut bangun sahur, jadi tunggu je lah.

Berbalik kepada tajuk. Haha minggu lepas semasa membersihkan wallet yang dimamah usia ini (BTW, baru teringat, wallet ni beli di Jakarta masa field trip tahun 3 dulu la rupanya. Dah 2 tahun rupanya (Note to self: time to buy a new one). So semasa bersihkan wallet tu (dah melalut rupanya tadi), barulah terperasan bahawa lesen memanduku ini telah pun tamat 5 BULAN LEPAS. Nangis tak? Hahaha nasib baiklah aku pemandu bukan tegar. Buatnya kena road block ke apa, tak ke susah? Haha moralnya, kalau renew lesen 3 tahun sekaligus, silalah berjaga-jaga, kerana menurut statistik, 10 peratus daripada pemandu Malaysia lupa memperbaharui lesen mereka. Haha jadi, sila check lesen masing-masing sekarang, tengok!

So, lepas dah sedar keluputan lesen tu, kaget jugalah seketika. Manalah tahu kot-kot kena renew lesen sebelum tarikh luput kalau tak kena ulang ambil test semula. Matilah! Dah lupa bawak manual. Hahaha. Nasib baik Sansit online masa tu, dah jelas semua prosedur baru lega. Haha itulah, orang tak pernah renew lesen kan. Maka, sekarang nampaknya kena pergi pejabat pos lah kan. Tapi nak drive ke pejabat pos pun dah tak boleh (tu dia pemandu berhemah, tak berani drive dengan lesen tamat tempoh haha), ha macam mana ni.

Lalu, gatal-gatal lah Google, mana tahu boleh renew lesen online ke kan. Well, cuba teka apa (guess what?), boleh lah! Menerusi MyEG Services, anda boleh memperbaharui lesen, membayar cukai jalan, insuran dan menjelaskan saman trafik. Sebenarnya selalu dengar promo MyEG Services ni masa InfoTrafik ERA tapi dia kata bayar saman je. Tak tau pulak ada service lain kan. Shortcutnya di sini (anda mungkin nak bookmark ke), hanya perlu isi saja butiran-butiran diri, berapa tahun nak renew (sehingga 5 tahun), lepas tu kaedah pengambilan, isi Delivery/Penghantaran kalau nak lesen tu dihantar ke rumah anda. Of course mahal sikit cara ni. Tapi lebih RM7 je. Berbaloi sangat lah tu kan daripada kena pegi pejabat pos, bayar parking dan beratur segala. Masa penghantaran pun boleh kita tetapkan sendiri daripada pukul berapa ke pukul berapa (tapi dalam lingkungan 8 pagi - 5 petanglah, malam tak boleh). Cara pembayaran? Kad kredit boleh, MyEG Prepaid (apakah ini taktau lah, tak guna pun) dan paling best FPRX/e-Debit, iaitu amaun boleh ditolak automatik dari akaun bank anda (jika menggunakan perkhidmatan perbankan online), Maybank2u ada, CIMB Click, semua-semualah.

Jadi, bila dah selesai bayaran semua, duduk rumah diam-diam tunggu. Lama tak? Dalam website tu dia tulis dalam masa 3 hari. Tapi berdasarkan pengalaman, aku isi borang pukul 4 petang hari Khamis, pagi Jumaat tu dia dah call tanya kawasan rumah, dan sebelum solat Jumaat dia dah datang hantar naik motor. Haha dapatlah aku memandu ke masjid secara sah. Efisien dan menjimatkan masa kan?

Pukul 5:02 pagi. Hmm ibu dah jerit-jerit tu. OKlah nak sahur. Selamat berpuasa!

8 comments:

fara-D said...

selamat bersahur. hahaha!
ooops! dah jam 2ptg.

aaaaaaaaaaaa...report tak siap agiiiii!!!

fievelski said...

selamat bersahur.ops.awal lagi.

fesbuk bodoh.period

argh.garis panduan setebal 45 muka surat tak siap lagi.

.ib. said...

woh 5 BULAN!!! cempien!!! haha...

Adian said...

haha..

JS said...

heh..aku dah penah sekali kena saman sbb tak renew..huhu..dah la jpj..ish

Adian said...

haha tu yang takut tu...

fievelski said...

where's your freaking new entri?ich bin bruno ke hape tah.okeh spekulasi ajo!

Adian said...

korang la g tgk bruno kat laptop aku kejap smlm.. trus tergendala agenda tersebut. hahaa

Related Posts with Thumbnails