Friday, September 04, 2009

Kisah Bulan Puasa

Tajuk tak nak lebih cliche lagi. Haha.

Pulang ke rumah setelah 2 hari bermukim di UKM memulang jubah (dan membayar denda terakhir pada UKM kerana lewat pulang: RM15), mengambil skrol dan gagal mengambil foto kerana tamat tarikh (maka terpaksa ambil di syarikat yang menguruskan foto tersebut di Taman Seraya, Cheras). Tempoh hari, pertama kali terpaksa berdiri dari stesen UKM ke Teluk Pulai (jarak 60km, sesaran 40km) akibat gerabak yang terlampau penuh. Mujur semalam dari UKM ke KL Sentral masih kosong, tapi dari KL Sentral, sikit sahaja lagi boleh sama taraf dengan Jepun)



Kalau di rumah selalunya tak memilih pun nak berbuka dengan juadah apa, nak bersahur dengan apa. Dengan mengaplikasikan konsep "Whatever you cook, I eat, mom.", aku tak pernah lagi menjejak kaki keluar ke bazar ramadan yang literalinya di depan pagar rumah. Lagipun musim-musim wabak penyakit macam-macam ni, afdallah lagi kiranya makan masakan di rumah saja. Jimat pun jimat.

Tapi... tatkala melangkah keluar dari rumah saja (iaitu ke UKM lah, mana lagi nak pergi), tanduk semua sudah keluar. Maka masa itulah nafsu berbuka yang disimpan sekian lama bergelojak di dada membuak-buak hendak keluar. Maka, masa tulah melobi rakan-rakan pergi makan di sana-sini.

Minggu pertama Ramadan tempohari menyaksikan medan selera Alamanda Putrajaya diserang stok-stok pelajar senibina UKM. Haha.. usai mesyuarat dwi mingguan (fortnightly meeting bak kata Beh, Beh I think you should use "bi-weekly" meeting instead, ramai tak faham hehe), dalam petang yang renyai-renyai itu, rancangan asal berbuka sebenarnya tak ramai pun, 3 kereta saja. Tiba-tiba sebaik menunaikan Maghrib di sana (tips: kalau nak berbuka di kompleks beli belah, lebih baik solat sebelum makan berbanding makan sebelum solat, kerana tak perlu nak berebut meja awal-awal, dan boleh makan selama manapun lepas tu haha), tiba-tiba junior 1st year kami ni berbondong-bondong tiba. Kalah jumlah entourage kami. Takpalah, bitching sessionsuai kenal lah kan. Hehe... hidangan hari itu terdiri daripada tetakan ayam (chicken chop) di mana gedik tidak berpuas hati mendapat hirisan ikan (fish fillet) yang senipis pahala berpuasa mereka yang mengumpat (oops!) lalu memesan hidangan kedua berupa nasi tetapi tak habis pun! Nak kena tunjuk video kisah segelintir masyarakat di Filipina ni!






Video yang dimaksudkan

Dua hari lepas pula melakukan aktiviti yang sama, merancang ke Alamanda tetapi tiba-tiba terlencong sejauh 30km ke Petaling Jaya apabila kami (kali ni bersama Gedik dan Kak Huda saja, dengan special guest star Che Lan) berkunjung ke the infamous Murni di situ. Memesan hidangan yang sama ketika ke Williams dulu (yakni meetballs carbonara) untuk membanding rasa.. ternyata Williams lebih sedap (dan mahal haha), sekurang-kurangnya Williams tidak menghidangkan shitballs.

Akhir sekali, semalam, berbuka di Old Town bersama duo sukaramai (ulangan episod Murni, sans Che Lan) dan 3 lagi rakan Gedik yang sporting belaka. Menyesal tidak mengorder menu dari nombor 301 sehingga 501, kalau tahu Gedik mahu belanja. Hahaha. Orang kaya yang bakal menyantap hidangan RM50 (sebelum cukai) di The Apartment KLCC lah katakan. huahuahua...

9 comments:

fievelski said...

komen#1: motif?senipis pahala puasa akibat mengumpats?

komen#2: shitballs-o-shitballs. barangkali tidak akan menjejakkan kaki ke situ lagi. kot?

komen#3: The Apartment atau seleksi rumah makan haute cuisine yang menyajikan pemandangan kolam KLCC itu serta lain-lain rumah makan setaraf sekitar Lembah Kelang nampaknya sangat teruja untuk menjadi restoran Melayu di kala bulan Ramadhan ini. Bak kata Ruhayat-X, ape nerakakah ini? Baik beli di bazaar ramadhan jer cenggini kalo niat utama bertandang adalah untuk menikmati juadah-juadah seperti Bouillabaisse, Fondue savoyarde, portobello mushroom, seared salmon fillet, piquant cream grilled chicke and etc etc dan diakhiri dengan pencuci mulut Crème Brûlée contohnya. Ini tidak, bukan sajian seperti cuisine minceur yang aku dambakan dihidangkan tapi dalam menghayati semangat ramadhan, mereka lebih ghairah menghidangkan juadah dalam gaya konsep Smörgåsbord tetapi pilihan juadahnya tetap dari pantai timur, utara, selatan dan etc. etc. motif?

Adian said...

hoho patutlah lama mengomen.. gigih menghidang ilmu buat kami semua rupanya. hoho..

jadi hidangan the apartment bersempena ramadan adalah berupa seperti kuih apam, tepung pelita, popiah basah dan laksa johorlah nanti? loh.. camtu baik di bazar!

Adian said...

re: komen #1 - hoho mengumpat a certain bitchfingered facebook commentator. hahaha

elly suehaily said...

di manakah photosphotos kami di alamanda!upload!ahaha

fievelski said...

re. komen#1: saya rasa anda juga terlibat dalam perbualan itu. but then, how come your chicken is not as thin as mine ah? how ah?how ah?how ah??? *sila baca dalam intonasi imahfm*

yesza. perlu membuka kitab wikipedia untuk mengingat kembali beberapa perkarat. yes. perkarat.

Adian said...

hoho

elly hmmm perluke.. mengganggu konsep video2 youtube yang cuba ditonjolkan pada entry kali ni. hahaha... sat ya, edit jap.

.ib. said...

huhu... sungguhlah ako bersetuju dgn shitballs!!! pnah skali order... memg tak best... keras mcm semb****! haha... takbest2... william punye meatballs gak lembut bak kapas... haha tp bukak kat murni ke william ke mesti kenyang bagai kan... adeh.. muak! hehe... so bile lg program berbuke pose... i jeles nih tgk gamba ramai2! ;)

Adian said...

hahaha shitballs tu xla keras.. tapi bau dan rasa dia cam dah xelok dah... thus bagi nama shit. hahaha ngeri sat. kalau bukan sebab harga, dah stop makan on the spot dah. haha tapi redha jugak memberanikan makan meetballs yang lain. hoho.. tp memang kenyang la, seperti biasa. hehe

dah la time kitorang g tu ada pulak raid MPPJ.. hoho kelam kabut pekerja dia tutup meja masuk lori bertutup yang dah standby rupanya.. hoho

Adian said...

hoho majlis berbuka puasa seterusnya? tertakluk kepada perancangan last minute. haha

Related Posts with Thumbnails