Sunday, September 20, 2009

Tangan Dihulur



Seperti tahun-tahun sebelumnya, beraya tanpa perasaan lagi. Tak suka, tak duka, biasa je. Selain kejayaan berpuasa penuh (Alhamdulillah), masih dapat berbuka ramai-ramai bersama rakan ukm, dan reunion sekolah menengah 2 hari lepas, macam tak ada sebab nak bergembira berlebih-lebihan. Baju melayu sarung tahun lepas punya (yang mana betul-betul dipakai sekali saja, maaf saya bukan penggemar busana tradisional ni). Cuma tahun ni puas sikit sebab dapat tolong keluarga cat rumah, pasang wallpaper dan border. Makanya sekarang dah pandai sikit bab-bab tu, maka tambahlah sikit semangat nak membuat di bilik sendiri nanti (nanti, nanti, bila? bulan depan dah balik UKM semula! ayo haha).

Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, saya dengan yakinnya mengaku tidak ada melakukan kesalahan zahir yakni berbentuk pukulan, lempangan atau langgar keretaan, sebaliknya jauh lebih banyak kesalahan batin iaitu berbentuk sumpahan, makian, carutan, cercaan, hinaan, perlian, sarkastikan, prasangkaan, cakap depanan, cakap belakangan, cakap YMan mahupun komen Facebookan, yang sudah tentu sedikit sebanyak ada mengguris hati-hati kaca anda semua. Haha. Maka besarlah harapan diri ini agar pihak cik/encik/tuan/puan/tepuan (ni kalau ada yang keliru haha - oops salah batin lagi)/Dr./Ar./Prof dapat memaafkan pihak kami yang seringkali alpa ini.

Semoga beroleh rahmat semuanya sempena Syawal ini.

6 comments:

fara-D said...

haha.selamat hari raya! bmaaf2an lah sesama kte ye.huhu

Adian said...

rasalah ketupat ini, dengan rendangnya sekali.. sudilah rasa kuihku, pilihlah yg mana saaatuu.

shahida said...

Ar?hati kaca?langgar kete??hei, hei..yang tuh, yang tuh aku xsuke bace eh...yg langgar kete tuh, perli aku ker...

ok lah..selamat jugak ke atasengkau raya ini tahun...

tgk sket gmbr umah ko yg heboh sgt kt facebook sampai mengecat 2hari tuh...

Adian said...

oops oops mana bleh tayang sini.. nk tgk kene dtg ar... haha

haha terasa kah? haha kalau nk bagi terasa aku tambah lagi "langgar keretaan, liquid kecalaran," hahahaha

gediks altantoyol said...

ayo.spill it!spill it!

Adian said...

spill apakah? botol liquid? hohoo

Related Posts with Thumbnails