Wednesday, December 09, 2009

Banyak Kerja

(Itu dia tajuk telus, ikhlas dan straight to the point) Minta maaflah sekarang memang jangan harap nak update tiap-tiap hari, 3 hari, hatta seminggu sekali pun. No. 1, kalau update pun topik yang sama keluar iaitu hari ni buat kerja A, esok buat kerja B, lusa buat kerja C and so on and so forth. Kalau nak buat summary kerja baik tulis buku log macam masa praktikal dulu kan. Tak banyak perkara-perkara menarik personally yang berlaku. Yalah dah duduk pun kat kolej dan fakulti je. Kadang-kadang adalah juga keluar jimba-jimba. Entahlah, bila hidup dah bergaji ni (walaupun tak pernah cash out sesen lagipun) rasa takut nak spend duit. Dulu wah wah sesuka hati je draw sana draw sini kan. Haha.

Oh, Farah datang baru teringat. Ada aktiviti impromptu yang best berlangsung minggu lepas iaitu roadtrip ke Penang+Perak. Hoho berjaya menenangkan sebentar fikiran dan jiwa raga melihat-lihat Pulau Mutiara dan kota Ipoh, walaupun sekadar dua hari cuma. Haha. Gambar? Oh sibuklah tak sempat nak lightroom dan post. Tunggulah masa ada nanti. Iaitu entah bila. Haha

Sekarang berada di tengah-tengah pusaran puting beliung Trial Camp Archustic. Memang seronok buat kerja. Tapi kena pandai (tapi itulah yang tak pandainya) membahagi-bahagikan masa antara kerja RA dan kerja ARchustic. Dan sekarang mata amatlah kejam. Baru pukul 11 dah mengantuk macam tak tidur 20 jam. Maka banyak kerja bertangguh-tangguh. Kesian bos dapat RA macam ni haha. Dah la buat kerja lambat kan. Nak buat macam mana, taknak mengaku diri ini perfectionist tapi selagi rasa tak perfect selagi tu boleh 2-3 hari spend untuk adjust sana-sini yang mana adakalanya end productnya berbalik pada design asal. Hehe.

Semalam terkejut bila tengok blog ini diserang teruk oleh spam di bahagian komen. Bangun pukul 4 pagi dah kena mendelete satu-satu komen yang semua sekali berjumlah dalam seratus rasanya. Aduh, blog ni bukannya famous pun kau nak spam. Kesianlah sikit. *Muzik sedih*

Sebenarnya nak ulas performance series-series untuk season ni, tapi nampaknya kena tunggulah lagi. Bye.

2 comments:

fievelski said...

ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!ini spam, abaikan!

ini spam, verification lepas.how?

Adian said...

saya jumpa kucing di kedai. saya mahu beli kucing itu. esoknya saya tengok jiran saya sudah membeli kucing itu.

Related Posts with Thumbnails