Thursday, July 08, 2010

Semalam yang Kelakar

Semalam dah start dapat tugas mencurah-curah untuk projek ___. Makanya untuk stage ini, kena scan buku dan gambar yang cukup banyak sekali (kesalahan tatabahasa: tidak boleh ada dua kata penguat bersifat paling dalam satu ayat seperti sangat, sekali, paling). Tak boleh jadi ni, scanner Jabatan mana boleh guna sampai malam. Maka berkira-kira samada nak ke Mines atau Alamanda. Alamanda lebih dekat, ada Carrefour mesti ada jual scanner. Oops idea nakal mula muncul. Knight and Day belum tonton lagi, hari Rabu tiket murah. Jeng jeng... check website. Oh tidak, pukul 12.30 malam tayangan berikutnya di Alamanda. Tengok Mines pula, ada 8.30 malam. Hmm.. book je dulu, kalau tersampai situ, boleh tengok terus. Tapi niat memang nak pergi ke Alamanda je sebenarnya.

To cut the story short, setengah jam lepas tu sampailah ke Alamanda. Masuk Carrefour, apakah? tak ada scanner! Yang ada pun printer-scanner-copier 3 in 1 tu. Oh damnasi sungguh! Teringat di tepi cinema tu ada sebuah kedai IT. OK Canon LIDE Scanner 200, harga? RM269? Apakah? Sama je kalau beli 3 in 1 tadi. Harga Alamanda memang mahal mungkin. Oh tidak, kena ke Mines juga lah. Dah membazir masa dan petrol. Damnasi.

Sudahlah tiada direct link ke Alamanda ke Mines (ataupun aku yang tak tahu), kenalah patah balik ke Bangi dan masuk LDP ke Mines. La, tak sesak pun. Mati-matilah ingatkan tadi sesak pekerja pulang ke rumah. Sampai depan stesen komuter Serdang (yang nak naik susur bertingkat tu), oops tersalah masuk, ingatkan depan lagi, rupanya dah termasuk ke LITRAK. Oh oh oh. Sedih seketika. U-turn memang tak ada lah. Kenalah harung juga. Melayang percuma je tol RM1.30 X 2 tak pasal-pasal. Haha. Lepas tu bila dah sampai balik ke susur masuk ke Mines dari hala bertentangan tu, panjang gila kereta beratur. Membazir lagi setengah jam.

Sampai pun akhirnya ke Mines. Sebelum masuk ke parking tu baru sedar kena bayar RM1 dulu, oh damnasi lagi! Duit belum withdraw, tadi ada beberapa keping RM1 dah habis bayar tol (yang silap tadi), patah balik 20 meter sebelum sampai ke palang masuk tu, keluar balik menghala ke Balakong cari stesen minyak, keluarkan duit, dan kena U-turn jauh sekali lagi.

Sampai semula ke Mines. 8.30 dah pun. Oh, nasib baik ada tayangan Knight and Day 10.30 malam. (masa beli tu kakak tu tanya "dua orang?", haha "tak, sorang je") Hehe. Maka sempat pusing-pusing sampai Mines tutup, kemudian baru masuk panggung. Pergi ke IT Hypermart, oh tidak tidak, kenapa semua harga scanner 200 ke atas? Bukanlah nak murah sangat, cuma rasanya masa waktu ambil degree dulu, harga semua 100 lebih je? Kenapa waktu harga barang komputer lain makin menurun, harga scanner makin naik? Sebelum datang tadi, tengok di Mudah.my siap ada orang jual RM75 (macam kembar punya tu dulu), tak tahulah model baru ni apa yang bagusnya, scan bukan kualiti sama je ke? (Tak tahulah mungkin boleh scan sehingga zoom 100 kali pun tak pixelated mungkin)

OK, maka tak jadi beli. Lalu masuk ke FOS, Reject Shop dan sebagainya. Baik beli baju. haha. Tapi harga takla turun mana meskipun Mega Sale dah bermula Ahad lepas. Promosi beli satu, next purchase 20% off dan seumpanya saja. Lepas beli-beli dan pusing-pusing, makan di KFC dan tunggu sampai 10.30. Knight and Day best dowh!

Tak pernah aku bercerita detail macam ni dalam blog, mungkin sebab dah tak ada orang kat UKM ni untuk diceritakan. Kesimpulannya, kehidupan tanpa orang di sekeliling ambil masa untuk disesuaikan, namun masih boleh dinikmati.

Nota kaki: Archustic - Pre, During, Post bahagian kedua akan ditulis kelak. Masih malas.

10 comments:

aku said...

hahahahaha...itu sebab aku pun kembali berblog...

eh, ko bawak kereta apa?(soalan budak baru habis degree)

Adian said...

holyshit, aku lupa nak pergi blog ko, lupa nk tambah dalam feeder aku ni. banyak jugak ko update ek. haha nanti aku baca balik.

ala kreta bayaran tunai je (dibaca sebagai: murah) ahaha... adik aku guna haritu untuk ke kolej dia, skrg dia tgh nk fly dah, so aku rembat la wahaha

elly suehaily said...

pestime adian punya entry cita detail utk aktivi harian!!salute!

aku said...

adik ko yg mane?..yg perempuan tu?..sape nama dia?..lupa dah..dia blaja mane? (tetiba banyak soalan..)

.ib. said...

hohho~

ako pun sangat suke knight n day... superb... 2, 2 pelakon best... n the soundtracks as well... they r gud...

back up plan?

hehe...

atom28 said...

knight and day mmg bes.

alala. sian adian kebosanan. tiada orang yang dapat menghilangkan kebosanan adian di sanakah?

jcdagreat said...

u very funny la dude....haha..... will be spamming here soon =)

Adian said...

omg u found my blog! haha. welcome2

fievelski said...

ok.patutla tanya segala jalan terdekat.hoho

Adian said...

ya itulah sebabnya. kasihan bukan? hoho

Related Posts with Thumbnails