Friday, September 10, 2010

Sinari Lebaran


"Sinari lebaran dengan menorah" itu satu-satunya sms raya yang aku hantar tahun ni, itupun kerana membalas sms Gedik. Joke menorah itu adalah inside joke yang kami-kami saja fahami hahaha.

Seperti biasa, tahun ni raya biasa saja, mood excited beraya dah hilang sejak aku tamat zaman kanak-kanak. Benarlah orang-orang tua kata "raya ni untuk budak-budak je", merujuk pada anak-anak kecil mereka. Balik kampung (sekarang datuk nenek dah tak ada maka beraya di rumah je), pergi beraya dari rumah ke rumah (sekarang kalau di taman perumahan takde orang yang nak buka pintu dah kot rasanya), berkejar-kerjaran satu rumah kampung dengan sepupu sepapat-adakah ini kata ganda yang benar? (sekarang kalau jumpa sengih-sengih gitu dan bingkas duduk di satu sudut sambil berhubungan dengan gajet masing-masing), program raya di TV (sekarang layan TV series US je - tudia munafiq sangat!), sekadar menyatakan beberapa contoh "kemanisan" raya yang telah hilang. Masa jadi student dulu adalah jugak semangat beraya bersama di studio dan sebagainya, but then sekarang semua tinggal kenangan jelah haha.

Tak tahulah macam mana sesetengah orang dah berumur pun sambutan hari raya gilang gemilang macam baru lepas menang loteri. Shopping raya haritu pun saat-saat akhir (itupun sebab takut kena marah sebab pakai baju yang sama). Mungkin umur macam ni memang stage rebel tak pasal-pasal kot. (Yeke? tapi kawan-kawan lain bukan main lagi tawaf shopping complex tiap2 hujung minggu masa bulan puasa haritu).

Mungkin kena tunggu bekeluarga, ada rumah sendiri, baru semangat raya tu muncul semula kot. Buat masa sekarang, jom tengok Iron Man 2 baru download. haha.

4 comments:

Chika Chika said...

Saya pon tak ada feel raya walaupon ada anak. Mungkin faktor lokasi. Kalau dekat malaysia agaknya, mahu aku berciri makcik2. Beli langsir beli carpet beli balang kuih. Ha kau. Makcik ke taaaaakkk?

Adian said...

haha.. kat sana ada kawasan shopping bertaraf gila cam jalan TAR tak?

Chika Chika said...

Ermm... mungkin tak ada. Kalau ada pon, tak se-TAR jalan TAR.

Adian said...

haha jalan gravel saja yg ada katanya.

Related Posts with Thumbnails