Sunday, October 03, 2010

Battle Rooom


-Qute of the day. Puas hati.

Tak sefahaman lagi dengan teman sebilik. Dah berapa kali bergaduh tak sefahaman dengan berapa ramai teman sebilik pun tak tahulah nak kira. Aku bukan jenis suka cari pasal, suka cari gaduh. Apatah lagi kalau dengan orang yang duduk sangat dekat dengan kita. Lagi menyusahkan bila nak balik bilik pun rasa malas je nak berdepan dengan dia, sedangkan bilik tu kita dah bayar, kita berhak.

Keluar topik seketika. Dari dulu lagi, prinsip aku senang. Kalau aku tak berkenan dengan orang tu, senang je, senjata utama aku ialah silent treatment. Silent treatment tu bukanlah senjata untuk bergaduh, cuma tanda "aku dah give up dengan kau. malas nak cakap lagi" saja. Kalau orang yang kena silent treatment tu nak tanya apa-apa dengan aku, silakan. Tapi A dijawab A, B dijawab B. Tak adalah sampai aku terjerit memaki hamun dekat dia.

Bagi aku silent treatment ni tak salah, ini bukan memutuskan silaturrahim. Cuma memutuskan percakapan saja. Haha. Sebab bila aku rasa ada perangai orang tu yang tak kena pada pandangan aku, aku just disconnect dengan dia, semudah kita disconnect wifi di laptop. Nak pergi bersyarah dekat dia, cuba membetulkan apa yang aku nampak tak betul tu, aku ni siapa? Kalau ibu bapa orang tu sendiri pun tak betulkan perangai anak dia (atau sebenarnya bapa borek anak rintik), dia tengah nak dengar sangatlah ceramah aku tu kan. Haha.

Bagi aku silent treatment lebih bagus daripada berlakon baik, hipokrit depan orang tu, tapi belakang, mengumpat juga. Bukankah lebih baik bersikap jujur, tanda kita tak setuju dengan sikap orang itu. Tapi sikap yang mana, pandai-pandailah orang tu cari sendiri, aku bukan jenis nak berdrama ajak dia jalan tepi tasik seraya berkata "X, sebagai kawan kau, aku rasa aku perlu cakap ni, walaupun pahit untuk ditelan, ini untuk kebaikan kau juga..." oh, tolonglah! Bila orang tanya "kenapa kau gaduh dengan dia?" (soalan yang salah kerana silent treatment bukan bergaduh) atau "apa salah aku?", seboleh-bolehnya aku akan gelak-gelak, cuba mengelak jawab ataupun kalau jawab pun, tak pernah tepat.

Berbalik kepada isu teman sebilik. Aku tak pernah pergi rumah dia maka aku tak tahu macam mana keadaan dia dibesarkan, tapi susahkah kalau menjadi orang terurus (sikit pun jadilah). Kerja dah berpangkat, keluar bekerja bukan main segak bergaya berblazer bagai, tapi dalam bilik serupa tahap orang fakir miskin dalam Bersamamu tu. Salahkah kalau buku-buku diletak setempat? Matikah kalau surat khabar diletak setempat? Hilang jantankah kalau bila aku balik bilik, tak berbau baju kotor? Bila kawan datang, reti pula malu kan, "biasalah bilik bujang." Alasan jenis apa tu?? Hello, what decade are you living in? 70s?

Dulu pun pernah dapat teman sebilik yang pengotor. Tapi sekurang-kurangnya dia perangai kotor, personaliti pun buruk. Pendek kata buruk luar dalam, maka tak hairanlah. Tapi yang ini lain. Budak surau. Baca buku motivasi, Tidur bertasbih. Tapi kebersihan? SEDIH!!! Aku tak hiraulah kau pergi surau setiap hari. Aku tak hairanlah kau baca buku-buku motivasi. Aku tak pandanglah kau tidur tasbih di tangan, kalau katil pun bercadarkan pakaian seminggu! Apa guna tidur bertasbih, kalau bilik macam penagih. Bukankah kebersihan tu pun separuh daripada iman juga. Aku basuh baju seminggu atau dua minggu sekali. Suka sekaligus konsepnya. Dia pula basuh baju dua hari sekali, tapi baju berlonggok macam dua bulan tak berbasuh. Mandi sudahlah sejam (serius ini bukan aggrandizement, memang SEJAM. tak tahulah apa yang dia buat dalam toilet tu). Bila balik bilik, macam orang baru balik bersawah, lantai bilik kami ibarat paya, melekit-lekit dengan air dari baldi, dengan air menitik dari tuala basah (dia mandi dengan tuala sekali rasanya). Pendek kata, kalau bilik kami ditinggalkan dengan kipas bertutup (nak buka tingkap bahaya sebab tingkat bawah sekali), memang ibarat BUKIT LARUT lah jadinya (Kalau tak faham jenaka ini, Bukit Larut merupakan kawasan paling lembap di Malaysia dengan taburan hujan paling tinggi).

Beberapa minggu lepas, perasanlah akan kehadiran lipas yang membimbangkan. Rasanya bilik-bilik sebelum ni jarang ada lipas (ada orang kata lipas suka tempat lembap, so you do the math lah). Maka, dengan inisiatif sendiri pergilah beli ubat gegat a.k.a. naftalena dan melemparkan beberapa biji dalam almari dan laci SENDIRI. (walaupun mungkin binatang tu datang dari tempat ORANG ITU tapi lantaklah kau nak tidur dengan lipas ke, tikus ke.) Teruslah bilik tu berbau segar sikit (bolehlah juga hilangkan bau sekali, dalam hati berkata).

Sekali esok tu dapat SMS berupa separa tension dari dia, kononnya bau ubat gegat tu sangat kuat sampai "tak boleh tidur". Dan dia dah buang satu ubat gegat yang diletak atas meja (dalam laci/almari mestilah tak berani buang kan). Fine. Kesian juga kau tersiksa sedangkan aku dengan seronoknya tidur di studio banglo beraircond semua tu. Bila balik bilik pagi tu, eh, bau kuat apa bendanya, biasa je! Over lah budak ni! Tapi malas nak cakap apa.

Malam tu dapat SMS lagi. Berbunyi serupa, "Kau ada letak ubat gegat lagi ke? Aku cari tapi tak jumpa. Aku tak tahan lah, aku balik bilik nak rehat, ini bukan lipas je mati, manusia pun mati jugak!" Wah, kau boleh bersyarah dekat aku baik punya kan, sedangkan bau baju kotor kau tu selama ni aku tak pernah tergamak nak warning, tak nak malukan kau, dengan harapan kau terasa sendiri. Ubat gegat tu kau ingat aku letak sengaja nak kenakan kau ke? Sengaja nak sesakkan nafas kau?

Apa yang terjadi selepas tu tak perlulah dihuraikan panjang lebar, cukuplah sekadar dinyatakan dialog di atas sekali itu tersembur keluar. Akhirnya dia kata dia akan pindah keluar bulan depan.

Alhamdulillah.

9 comments:

Suehaily Mohd Jiwa said...

kahkahkah!!ini gossip menarik!!
sebarkan di media massa lain

aisyahmokhtar said...

huwaaa.. sekali sekala kau buat comeback entri dlm blog, mmg best. Haha.

Dan oh ya, serasa mcm aku jua pernah menuturkan ayat "Kau gaduh dgn dia ke?" bbrp tahun nan silam. Ohh cepatnya masa berlalu!

Syukur kau x perlu re-stock ubat gegat semula. Hehe

Adian said...

haha entahlah dirasuk hantu kot semalam, jarang aku tulis benda2 personal camni (blog sentiasa ceria KONONNYA) hahaha... tak tahan sangat nak mengadu domba, jadilah camni. haha

fara-D said...

OMG!!!the bomb finally exploded! wow wow!

tak drama kata kauu???? ceh!

but then again. way to go!! adian hebat ah! wuhu!

Adian said...

draaamaaaaa! hahahaa

finasafa said...

aku akhiri bacaan entri kau kali ni dengan ucapan 'alhamdulillah'..hehe..
tahniah! the best man,win!

fievelski said...

drama!!!!!! seriously silent treatment sungguh berkesan ke atas semua makhluk. percayalah.

atom28 said...

adian, TERBAIK!

bila adian meletup. beginilah jadinya. jangan disangka adian yang senyap, tak berapi..hahaha..

Adian said...

finas: alhamdulillah
gedik: ya benar itu
iman: haha kail sejengkal, jangan lautan hendak diduga (matila xberkaitan) ahha

Related Posts with Thumbnails