Saturday, February 12, 2011

Kasihan

Kadang-kadang apa yg ditulis di Facebook tu bukan saja menceritakan tentang kisah hidup dan pengalaman seseorang tu, tapi turut mencerminkan peribadi, nilai humor, reti ke tak berbahasa (melayu atau inggeris - kadang2 english tak fasih tapi TETAP nak speaking dalam status kan.. lalu munculla ayat2 kelakar seperti "no heart feeling" dan sebagainya haha)

Kalau nak baca tentang klasifikasi status2 ni boleh baca di banyak blog lain. Status yang seminit sekali seperti "nak pergi kedai", "dah sampai kedai, nak beli apa ya?", "hmm beli lah coklat" and what-eff-ever-do-i-effing-care status macam tu. Ada status taraf novelis seperti "oh ku kesepian tanpanya", "ini semua salahku, ohh sayang", "cukup sampai di sini saja!" dan status yang sewaktu dengannya. Ada juga yang berangan jadi editor fan page suara keadilan atau harakah dengan status seperti "kerajaan makan duit rakyat!!!" seolah-seolah barisan kabinet tu semua dalam friendlist dia tengah baca sangat lah tu. Tak lupa juga ada yang ahli MLM tegar yang tak habis-habis dengan "I lost 430kg in a week! Want to know how? Join me!", "Diamond team leader Abu now drives Suzuki Swift and honeymooning in Hawaii with income no less than RM10k a month! Join us!" (really? kalau betul 10k takkan nak pakai Swift je kak). Pastu tak habis2 kata lost 5kg la apa la tapi bila post gambar TETAP montel. Apa kes? Haha.

Tak kisahlah apa yang diorang nak tulis kan. Kadang-kadang it's so gross and trashy, it's GOOD. Macam realiti TV jugak... ramai lagi penonton daripada rancangan-rancangan ilmiah dan berinformasi. Sekurang-kurangnya adalah bahan jenaka untuk kita ketawa tengok gelagat-gelagat mereka ni.

Tapi ada trend yang agak disturbing baru-baru ni, apabila ada status-status berbaur menunjuk-nunjuk tapi cuba berselindung atas perkara lain. Contohnya macam "mentang-mentang aku pakai kereta besar, terus kau nak naikkan harga kan", atau "malam ni bayar RM4000. esok kena bayar lump sum..argh!" atau "malasnya nak masak hari ni, tapi kalau tak masak nanti tak bergunala periuk 5k aku (contoh)". OK first of all, MOTIF??? Nak show off, show off la betul2. Postlah gambar periuk tu, tulislah "walaupun 5k tapi berbaloi". Postlah gambar kereta tu satu album pun dan tulislah "Syukur akhirnya dapat jugak memiliki sebuah". I know kadang-kadang bila kita berjaya beli something tu, rasa meluap-luap di dada nak hebahkan pada semua orang je kannn... but seriously, are you that dumb into thinking that we're that dumb not to catch your not-so-subtle subtlety?

Kasihan kan orang camni... haha

7 comments:

fievelski said...

tetiba bila ko mention syukur dapat periuk entah apa entah tu, tetiba terus teringat hai-o.hayyo!

haha.that's why aku lebih prefer tulis hal-hal..ehem..sastera di notes. takdela ala2 nak mencapap kaedahnya. *matilah terasa jua biar sekelumit.haha*

alyaanajwa said...

hahahaha bukan ko tergolong dlm status 5 minit skali ke? just kidding..no heart feeling ya...gagaga

Adian said...

haha.. 5 minit skali pun status aku banyak berita2 terkini dan sensasi je. haha (berangan e news bleyhh)

Anne said...

betul3

arnuar88 said...

aku mcm pernah baca je status "mentang-mentang aku pakai kereta besar, terus kau nak naikkan harga kan" tp x ingat..

so agak2 status yg cmne ea sesuai utk fb? yg jenis camni ke
A(org yg di tag) : aku hensem
me : fesbuk!

hahah. no heart feeling ya :)

Adian said...

yaaa itulah antara status2 yg kritis yg wajib diteladani. ahhahahah

Рrîйςêšš FâžààЗ said...

Hi,,

I like ur blog and websites..~
can u help me to design my blog and teach me how u create ur websites.. please..

best of luck..~

Related Posts with Thumbnails