Monday, April 11, 2011

One Less Bell to Answer



One of the most unforgettable performance in Glee back during it's first season (when they actually had a valid plotlines rather than a bunch of mumbo jumbo mish mash right now). Tiap2 hari wajib dengar sekali at least hahaha.

Well, obviously I couldn't care less about the blog now. Bukan dapat duit pun (unless gigih bernuffnang bagai nak rak demi beberapa puluh ringgit setahun - lainlah kau HanisZalikha ke). Baiklah buat kerja betul-betul yang dapat duit betul-betul haha. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Syukur dipanjatkan. Nampaknya jalan yang diambil ni tak silap, insyaAllah. Cuma master lah kena beware sikit. Oh how lah baru kerja indoor dah kelam kabut, macam mana la ada sesetengah orang baru zaman sekolah dah kena tolong parents jaga kedai la, jual goreng pisang la. Ya ampun penat ok. Respect sama diorang.

Oleh kerana blog ni tak private dan sekarang ramai dah pandai search sana sini, maka dah tak sesuai jadikan blog ni perantara, medium meluah perasaan, kutuk orang dan sebagainya. Tambah-tambah lagi meroyan dalam ni, siapa yang kenal kau tulis pasal apa? Nak komen pun xtau nak komen apa selain "bersabarlah... dugaan hidup" "Memanglah kat mana-mana pun ada manusia macam tu" dan komen-komen generic yang lain. Baiklah conference session berjemaah dalam BBM je lagi heaven hahahahaha. Ada berita baru je berdering-deringlah BB masing-masing (walaupun duduk dekat-dekat je), "WEHH ADA HOT STORY!!" hahahahahha

OKlah, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi! Assalamualaikum.

(p/s: kelakar tengok kawan-kawan yang dah get married then mulalah keluar album-album honeymoon pose2 tepi kolam renang, tepi balcony, dalam bilik hotel etc. I thought that's private, people? Well, sharing is caring kot. haha. Ada tu siap ada gambar katil pastu caption "tempat buat anak!" dengan bangganya. Aduhai orang zaman sekarang ni.....)

2 comments:

fievelski said...

gitu....

Adian said...

matilah entry yg laser

Related Posts with Thumbnails